

Ramai ibu bapa tanya soalan yang sama setiap kali nak buat sunat:
“ZSR ni sakit tak?”
Secara ringkas — rasa sakit tu minimum, dan kebanyakan kanak-kanak toleransi sangat baik dengan teknik ZSR.
Kenapa?
Anak akan diberikan local anaesthesia, jadi kawasan berkenaan rasa kebas.
Semasa proses berlaku, kanak-kanak hampir tak rasa apa-apa kecuali sedikit tekanan.
Masa prosedur biasanya sekitar 5–10 minit sahaja.
Lebih cepat = kurang tekanan & kurang risiko rasa tidak selesa.
ZSR menggunakan alat khas yang mengelakkan penggunaan benang jahit.
Bila tiada jahitan, luka pun nampak lebih kemas dan kurang rasa pedih selepas prosedur.
Ramai ibu bapa terkejut bila anak mereka dah boleh:
– berjalan macam biasa
– makan minum tanpa masalah
– tak mengadu sakit yang teruk
Biasanya hanya rasa pedih ringan pada hari pertama.
Klinik akan beri ubat yang sesuai untuk kurangkan sebarang ketidakselesaan pada awal-awal tempoh pemulihan.
Sunat ZSR memang direka untuk kurangkan rasa sakit, mempercepat pemulihan, dan bagi pengalaman yang lebih selesa untuk kanak-kanak dan ibu bapa.
Kalau nak tahu kesesuaian umur atau nak book slot, boleh hubungi team klinik kami bila-bila masa
👉 Boleh walk-in ke Poliklinik An-Nur yang berdekatan dengan anda untuk buat temujanji dengan doktor.
👉 Prosedur cepat, selamat & berkesan.
© Poliklinik An-Nur. Hak cipta terpelihara.
PENAFIAN: Seperti semua prosedur perubatan, Poliklinik An-Nur mempunyai kadar kejayaan dan kegagalan. Ulasan dan testimoni pesakit di laman web ini tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan tentang keberkesanan rawatan kami untuk orang lain. Doktor Perubatan yang disenaraikan di laman adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan saranana daripada pihak klinik kepada doktor perubatan tertentu atau jaminan hasil daripada sebarang rawatan yang anda terima.