Ramai wanita yang berisiko tinggi untuk menghidapi kanser servik walaupun tiada dalam sejarah keluarga mereka yang menghidapi penyakit ini. Ujian Pap smear ini dilakukan oleh doktor dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai speculum. Alat ini membantu untuk membuka ruang faraj supaya sampel boleh diambil pada bahagian pangkal rahim.
Ia patut dilakukan setiap tahun sehingga umur 30 tahun dan jika keputusan ujian adalah normal selama dua tahun berturut-turut, ujian seterusnya boleh dilakukan setiap tiga tahun.
Jika anda berumur 30 tahun ke atas dan keputusan ujian Pap smear sentiasa normal, bincang dengan doktor anda untuk menjalankan satu ujian yang digabungkan dengan ujian HPV setiap lima tahun.
Wanita yang berumur lebih daripada 65 tahun tidak perlu lagi menjalani saringan jika keputusan ujian adalah normal selama beberapa tahun dan selepas prosedur histerektomi total di mana pembuangan serviks adalah sebahagian daripada prosedur itu.
1. Pilih cawangan Poliklinik An-Nur berdekatan dengan anda
2. Tekan link Whatsapp cawangan tersebut
3. Berikan maklumat anda kepada Pegawai Khidmat Pelanggan