Musim perayaan sepatutnya menjadi masa kegembiraan dan bersama keluarga, tapi ramai yang tak sedar — ia juga waktu di mana risiko penyakit berjangkit seperti influenza meningkat. Dengan pergerakan ramai orang, kunjung-mengunjung, serta aktiviti luar yang padat, tubuh kita lebih mudah terdedah kepada jangkitan virus.
Influenza bukan sekadar demam biasa. Ia boleh menyebabkan komplikasi serius terutamanya bagi warga emas, kanak-kanak, ibu mengandung dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik. Simptomnya termasuk demam tinggi, sakit otot, batuk teruk, dan keletihan melampau yang boleh mengganggu sambutan perayaan anda.
Salah satu langkah paling berkesan untuk mencegah jangkitan ini adalah dengan mendapatkan suntikan Vaksin Influenza setiap tahun. Vaksin ini membantu sistem imun melawan virus yang kerap bermutasi dan merebak pada musim tertentu.
“Apa Akan Jadi Kalau Saya Biarkan Sahaja Simptom Influenza Ni?”
1. Penyebaran Virus: Tanpa ujian, anda mungkin menjadi pembawa virus tanpa sedar dan menyebarkannya kepada orang lain, termasuk mereka yang berisiko tinggi.
2. Komplikasi Serius: Influenza boleh menyebabkan komplikasi seperti pneumonia, bronkitis, dan jangkitan sinus yang boleh membahayakan nyawa.
3. Hospitalisasi: Kes influenza yang teruk boleh membawa kepada kemasukan ke hospital, yang menambahkan beban kewangan dan emosi kepada pesakit dan keluarga mereka.
1. Pilih cawangan Poliklinik An-Nur berdekatan dengan anda
2. Tekan link Whatsapp cawangan tersebut
3. Berikan maklumat anda kepada Pegawai Khidmat Pelanggan
Klik link di bawah ini untuk kenali doktor kami.