Poliklinik An-Nur

Program Khatan Perdana

Kolaborasi bersama Poliklinik An-Nur, Perbadanan Putrajaya & Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya.

Pada 19 Januari 2025 yang lepas, pihak Poliklinik An-Nur kolaborasi bersama Perbadanan Putrajaya serta Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya telah mengadakan Program Khatan Perdana di Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya. Seramai lebih 270 orang peserta yang menyertai program tersebut untuk berkhatan bersama-sama dengan doktor-doktor berpengalaman dari Poliklinik An-Nur.

Program tersebut berlangsung seawal jam 7.30 pagi yang mana para ibu bapa peserta diberi taklimat terlebih dahulu sebelum prosedur berkhatan berlangsung. Di dalam dewan tersebut, pihak penganjur telah membahagikan bilik prosedur berkhatan sebanyak 15 bilik yang mana setiap bilik itu dikendalikan oleh 1 orang Tok Mudim beserta seorang Medical Assistant.

 

Sunathon Putrajaya Poliklinik An-Nur
Sunathon Putrajaya Poliklinik An-Nur

Yang lebih menarik, semua peserta yang sudah selesai berkhatan akan diberikan cenderamata berebntuk Hotwheels beserta sijil penyertaan. Bukan itu sahaja, di bahagia ruang legar dewan juga pihak Poliklinik An-Nur ada menyediakan photo booth untuk para ibu bapa dan peserta mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Akhir sekali, Alhamdulillah.. program ini selesai pada jam 6.00 petang di mana semua para peserta selesai melakukan prosedur berkhatan dengan Tok Mudim Poliklinik An-Nur.

Jika anda berminat untuk lakukan prosedur berkhatan untuk anak anda, boleh dapatkan di Poliklinik An-Nur

1. Pilih cawangan Poliklinik An-Nur berdekatan dengan anda

2. Tekan link Whatsapp cawangan tersebut

3. Berikan maklumat anda kepada Pegawai Khidmat Pelanggan 

Poliklinik An-Nur @ Reko Sentral, Selangor

Poliklinik An-Nur @ Bandar Teknologi Kajang

Poliklinik An-Nur @ Banting, Selangor

Poliklinik An-Nur @ Paka, Terengganu