Poliklinik An-Nur

21

Merokok Membahayakan Kesihatan

Kenapa Merokok Bahaya? Kerana Kandungan Dalam Rokok Sendiri Penuh Dengan Bahan Kimia Yang Boleh Rosakkan Hampir Semua Organ Dalam Badan

Artikel Merokok - An-Nur

Dapatan tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 mendedahkan trend menghisap rokok tembakau dalam kalangan dewasa di negara ini adalah 19.5 peratus.

Tinjauan NHMS turut menunjukkan remaja atau golongan muda berusia 13 hingga 17 tahun menurun daripada 13.8 peratus ke 6.2 peratus. Lebih membimbangkan, penggunaan vape dan rokok elektronik dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan sehingga 14.9 peratus.

Pakar Perunding Perubatan Keluarga Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Rashidi Mohamed Pakri Mohamed berkata, biarpun menunjukkan penurunan, penggunaan rokok tembakau masih tinggi dengan mengambil kira populasi penduduk di negara ini.

“Berdasarkan populasi penduduk Malaysia berjumlah lebih 33 juta orang, lima juta adalah perokok yang majoritinya lelaki. Jumlah ini agak tinggi dan membimbangkan kerana tabiat merokok boleh memberi impak besar bukan sahaja kepada individu, malah kepada persekitaran, negara dan tenaga kerja,” katanya.

 

Mengulas lanjut, keadaan ini menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk sektor kesihatan bagi menangani pelbagai penyakit kronik akibat daripada tabiat merokok dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata, biarpun menyedari pelbagai masalah yang timbul, tabiat merokok masih diteruskan antara lain berpunca daripada masalah ketagihan.

“Ketagihan berlaku apabila nikotin dalam rokok akan disedut ke paru-paru, meresap masuk dalam aliran darah dan terus dibawa ke otak. Sebaik tiba di otak, nikotin akan mencetuskan beberapa tindak balas kimia dipanggil dopamin yang mewujudkan perasaan seronok dan sedap. Sebenarnya keseronokan ini hanya bersifat sementara kerana apabila paras nikotin sudah berkurang, perokok akan berasa tegang dan gelisah iaitu kesan penarikan (withdrawal) sehingga terpaksa menyalakan rokok lagi. Masalah ketagihan agak sukar ditangani apatah lagi perokok terus berhenti tanpa menjalani sebarang rawatan dan bantuan profesional kerana risiko untuk kembali ke tabiat lama agak tinggi,” katanya.

Kredit : Harian Metro

Menyedari permasalahan ini, Poliklinik An-Nur telah merangka satu program untuk membantu mereka yang benar-benar ingin berhenti merokok, iaitu “Stop Smoking Clinic”.

Bukan itu sahaja, Poliklinik A-Nur juga telah mengadakan webinar PERCUMA kepada masyarakat awam tentang kesedaran berhenti merokok ini. 

Melalui program Stop Smoking Clinic ini, pesakit boleh mendapat konsultansi doktor secara percuma untuk first appointment.

Dalam first appointment itu, pesakit akan diberikan plan jadual pemakanan serta ubatan sokongan bagi memastikan pesakit dapat berhenti merokok dengan jayanya.

Kemudian dalam tempoh penjadualan tersebut, pesakit akan dipantau rapat oleh pihak doktor. Temujanji susulan perlu dilakukan untuk memastikan perkembangan pesakit dapat di monitor oleh doktor dari semasa ke semasa.

Plan jadual serta kaedah yang diberikan oleh pihak doktor ini bergantung kepada bajet pesakit.

Jika anda berminat untuk dapatkan nasihat doktor berkenaan berhenti merokok, boleh book slot appointment dengan doktor kami di Poliklinik An-Nur

1. Pilih cawangan Poliklinik An-Nur berdekatan dengan anda

2. Tekan link Whatsapp cawangan tersebut

3. Berikan maklumat anda kepada Pegawai Khidmat Pelanggan 

Poliklinik An-Nur @ Reko Sentral, Selangor

Poliklinik An-Nur @ Bandar Teknologi Kajang

Poliklinik An-Nur @ Prima Saujana, Selangor

Poliklinik An-Nur @ Banting, Selangor

Poliklinik An-Nur @ Paka, Terengganu