
Dalam kesibukan harian, kita mudah lupa bahawa kesihatan juga satu bentuk amanah yang perlu dijaga.
Di sebalik ibadah korban yang dilakukan, tersirat satu mesej penting: pengorbanan demi kebaikan bersama. Sepertimana Nabi Ibrahim AS sanggup berkorban demi ketaatan kepada Allah, kita juga diseru untuk berkorban dalam bentuk menjaga diri, keluarga dan masyarakat β termasuk dari segi kesihatan fizikal dan mental.
Sempena Aidiladha ini, kami di Poliklinik An-Nur Β ingin mengajak semua untuk:
Menjaga pemakanan walaupun juadah korban menggoda.
Pastikan kesihatan jantung, gula dan tekanan darah sentiasa dipantau.
Bagi mereka yang ada penyakit kronik, jangan abaikan ubat dan rawatan.
Raikan dengan sederhana dan penuh kesyukuran.
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Semoga ibadah korban anda diterima, dan semoga kita semua terus sihat untuk terus berbakti dan berkorban demi kebaikan insan lain.
π Kesihatan Anda, Keutamaan Kami.
1. Pilih cawangan Poliklinik An-Nur berdekatan dengan anda
2. Tekan link Whatsapp cawangan tersebut
3. Berikan maklumat anda kepada Pegawai Khidmat PelangganΒ