Poliklinik An-Nur

21

Sempena tahun baru 2023 , Poliklinik An-Nur @ Reko Sentral telah melancarkan satu program “Sihat Bersama Yang Tersayang”. Apa objektif di sebalik program ni?

Program ini di lancarkan untuk menggalakkan orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan bersama yang tersayang secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan badan.

Penting ke pemeriksaan kesihatan ni?

Sangat penting ye!

Diagnosis awal penting bagi mengenal pasti penyakit & kaedah rawatan terbaik.

Antara kelebihan apabila kita melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala:

1. Mengurangkan risiko.

2. Mengesan lebih awal potensi keadaan kesihatan atau penyakit yang berpotensi membawa kepada keadaan yang lebih kronik.

3. Meningkatkan peluang rawatan dan penyembuhan.

4. Menghadkan risiko komplikasi dengan memantau keadaan kesihatan sedia ada.

5. Meningkatkan jangka hayat dan meningkatkan tahap kesihatan.

6. Mengurangkan kos penjagaan kesihatan mengikut masa dengan mengelakkan perkhidmatan perubatan yang mahal.

7. Mendapat perkongsian yang baik oleh doktor supaya rawatan dapat menjadi lebih efisien.

8. Mendapat info terkini mengenai maklumat perubatan atau teknologi baru yang tersedia.

Klinik menawarkan 3 pakej pemeriksaan kesihatan iaitu BASIC, STANDARD & PREMIUM.

Seramai hampir 106 orang telah menyertai program ini. Peserta mendapat sijil penyertaan & kalendar 2023 sebagai saguhati.

Semoga anda semua mendapat manfaat sebaiknya dengan program pemeriksaan kesihatan di tahun 2023 ni.

Bagi yang masih belum membuat pemeriksaan kesihatan tahun ini, masih belum terlambat untuk membuat pemeriksaan kesihatan anda di semua cawangan Poliklinik An-Nur!

Anda digalakkan untuk membuat temujanji, boleh klik link di bawah

https://poliklinikannur.com/temujanji

“KESIHATAN ANDA, INSPIRASI KAMI”

Leave a Reply