
Di Poliklinik An-Nur,
Rawatan penurunan berat badan dibuat secara menyeluruh. Doktor akan menilai BMI, sejarah kesihatan, gaya hidup harian serta sasaran berat badan, sebelum mencadangkan pelan rawatan yang sesuai. Pendekatan ini biasanya digabungkan dengan nasihat pemakanan, perubahan gaya hidup dan pemantauan berkala untuk hasil yang lebih konsisten dan tahan lama
Masalah overweight dan obesiti semakin biasa dalam kalangan masyarakat hari ini. Ia bukan hanya berkait dengan pemakanan semata-mata, tetapi melibatkan gaya hidup moden yang kurang aktif, tekanan kerja, corak tidur tidak teratur, dan tabiat makan yang tidak seimbang. Ramai juga yang tidak sedar berat badan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mula memberi kesan kepada kesihatan.
Antara punca utama berat badan berlebihan termasuk:
Pengambilan kalori berlebihan seperti makanan tinggi gula, lemak dan makanan proses
Kurang aktiviti fizikal, terutamanya kerja pejabat atau gaya hidup sedentari
Hormon dan metabolisme, termasuk masalah insulin resistance
Corak tidur tidak mencukupi yang mengganggu hormon lapar
Tekanan (stress) yang menyebabkan emotional eating
Faktor genetik dan sejarah kesihatan
Apabila berat badan meningkat tanpa kawalan, badan akan bekerja lebih keras daripada sepatutnya. Berat badan berlebihan yang dibiarkan berpanjangan boleh meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti:
Diabetes jenis 2
Darah tinggi dan kolesterol
Penyakit jantung dan strok
Sakit sendi dan lutut
Masalah pernafasan seperti sleep apnea
Keletihan berpanjangan dan kualiti hidup menurun
Lebih membimbangkan, ramai hanya mula bertindak selepas komplikasi kesihatan muncul.
Di sinilah Ozempic atau Mounjaro memainkan peranan sebagai sebahagian daripada rawatan weight loss secara perubatan. Ozempic dan Mounjaro membantu penurunan berat badan dengan cara mengawal selera makan dan tindak balas badan terhadap makanan. Ia berfungsi dengan meniru hormon semula jadi dalam badan yang berperanan memberi isyarat “kenyang” kepada otak.
Apabila hormon ini diaktifkan:
Rasa lapar menjadi kurang
Perut kosong dengan lebih perlahan, jadi rasa kenyang tahan lebih lama
Keinginan untuk makan berlebihan atau snek kerap dapat dikawal
Pengambilan kalori harian berkurang secara semula jadi
Hasilnya, pesakit lebih mudah mengawal portion makan tanpa perlu diet ekstrem atau berlapar secara berlebihan.
Selain itu, rawatan ini juga membantu memperbaiki kawalan gula dalam darah, yang berkait rapat dengan penyimpanan lemak dan kenaikan berat badan — terutamanya bagi individu yang mempunyai insulin resistance atau risiko diabetes.
Namun penting untuk difahami, Ozempic dan Mounjaro bukan ubat kurus segera. Ia berkesan apabila digunakan sebagai sebahagian daripada pelan rawatan menyeluruh yang merangkumi pemantauan doktor, pemakanan seimbang dan perubahan gaya hidup. Setiap individu memberi tindak balas yang berbeza, sebab itu pemilihan dan dos rawatan perlu ditentukan oleh doktor.
Di Poliklinik An-Nur, setiap rawatan dijalankan oleh doktor yang berpengalaman. Dapatkan nasihat doktor untuk ketahui sama ada rawatan weight loss secara perubatan sesuai untuk anda.
👉 Boleh walk-in ke Poliklinik An-Nur yang berdekatan dengan anda untuk buat temujanji dengan doktor.
👉 Prosedur cepat, selamat & berkesan.
© Poliklinik An-Nur. Hak cipta terpelihara.
PENAFIAN: Seperti semua prosedur perubatan, Poliklinik An-Nur mempunyai kadar kejayaan dan kegagalan. Ulasan dan testimoni pesakit di laman web ini tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan tentang keberkesanan rawatan kami untuk orang lain. Doktor Perubatan yang disenaraikan di laman adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan saranana daripada pihak klinik kepada doktor perubatan tertentu atau jaminan hasil daripada sebarang rawatan yang anda terima.