Poliklinik An-Nur

21

Masalah Kulit Halang Hidup Sihat Anda

Ramai orang selalu menganggap masalah kulit seperti ketuat, kutil, bisul, nanah atau benjolan kulit (skin lump) ni perkara biasa. Walhal jika dibiarkan, boleh mengganggu keyakinan diri, jadi sakit, malah berisiko jadi lebih serius.

Senarai Masalah kulit Yang Biasa Di Hadapi :

Jangan Dibiarkan Lama Sakit Kulit Anda

Di Poliklinik An-Nur, kami menawarkan perkhidmatan Minor Surgery bagi mereka yang mengalami masalah kulit.

Prosedur kecil yang dilakukan dengan cepat, selamat dan berkesan. Biasanya hanya menggunakan bius setempat, tanpa perlu dimasukkan ke wad. Pesakit boleh terus pulang selepas rawatan, tanpa gangguan besar pada rutin harian seterusnya memulihkan masalah kulit anda secara on the spot.

Antara rawatan yang kami sediakan:

  • Ketuat & Kutil
    Ketumbuhan kecil yang sering muncul di tangan, kaki atau jari. Selain mengganggu penampilan, ia boleh berjangkit atau merebak ke kawasan lain.

  • Nanah & Bisul
    Jangkitan kulit yang menyebabkan bengkak bernanah, sakit dan kadang-kadang demam. Minor surgery boleh membantu mengeluarkan nanah dengan cepat untuk mengelak daripada mereba ke tempat lain.

  • Skin Lump / Cyst
    Benjolan kecil bawah kulit yang menganggu penampilan diri. Ada juga kes yang perlukan buangan awal untuk mengelak daripada komplikasi yang lebih merbahaya.

Prosedur ini ringkas, tetapi memberi impaknya yang besar. Rasa lega, lebih yakin dan yang penting, bebas daripada risiko jangkitan berulang.

 

Kenapa Perlu Bertindak Awal?

Jika rakyat Malaysia bersatu membina negara sejak 1963, kita juga perlu bersatu dengan diri sendiri. Kita perlu menjaga kesihatan sebelum masalah kulit anda menjadi lebih besar. Minor surgery ibarat langkah kecil tetapi penting:

  • Mengelakkan jangkitan jadi kronik.

  • Menambah keyakinan diri, terutamanya bila masalah kulit kelihatan jelas.

  • Memastikan kita boleh terus aktif dalam kerja dan kehidupan harian.

Kesihatan bukan hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk keluarga & masyarakat. Apabila kita sihat, kita lebih produktif dan mampu menyumbang lebih banyak kepada diri sendiri, masyarakat & juga negara.

Jika Anda Ingin Lakukan Minor Surgery, Boleh Berjumpa Dengan Doktor Kami

👉 Boleh walk-in ke Poliklinik An-Nur yang berdekatan dengan anda untuk buat temujanji dengan doktor.
👉 Prosedur cepat, selamat & berkesan.

Hindari Penyakit Kulit, Supaya Anda Lebih Yakin.

Poliklinik An-Nur @ Reko Sentral, Selangor

Poliklinik An-Nur @ Bandar Teknologi Kajang

Poliklinik An-Nur @ Prima Saujana, Selangor

Poliklinik An-Nur @ Banting, Selangor

Poliklinik An-Nur @ Paka, Terengganu

© Poliklinik An-Nur. Hak cipta terpelihara.

PENAFIAN: Seperti semua prosedur perubatan, Poliklinik An-Nur mempunyai kadar kejayaan dan kegagalan. Ulasan dan testimoni pesakit di laman web ini tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan tentang keberkesanan rawatan kami untuk orang lain. Doktor Perubatan yang disenaraikan di laman adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan saranana daripada pihak klinik kepada doktor perubatan tertentu atau jaminan hasil daripada sebarang rawatan yang anda terima.