

Kutil ialah ketumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Human Papillomavirus (HPV). Ketumbuhan Kutil ini boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, terutama di tangan, kaki, muka, atau kawasan alat sulit. Kutil biasanya tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan dan menjejaskan penampilan.
Pertumbuhan & Penyebaran
Jika tidak dirawat, kutil boleh membesar dan merebak ke bahagian lain badan atau menjangkiti orang lain melalui sentuhan langsung.
Kesan Estetik & Keyakinan Diri
Kutil yang kelihatan jelas, seperti di muka atau tangan, boleh menjejaskan keyakinan diri dan menyebabkan rasa malu.
Ketidakselesaan & Kesakitan
Kutil yang tumbuh di tapak kaki atau kawasan bertekanan tinggi boleh menyebabkan rasa sakit semasa berjalan atau melakukan aktiviti harian.
Jangkitan Sekunder
Jika kutil sering digaru atau cedera, ia boleh menyebabkan luka terbuka, meningkatkan risiko jangkitan bakteria.
Kebarangkalian Berulang
Walaupun sudah dirawat, kutil boleh muncul semula kerana virus HPV boleh kekal di dalam tubuh tanpa gejala untuk tempoh yang lama.
Walaupun kutil tidak berbahaya, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan memberi kesan jangka panjang jika tidak dirawat. Rawatan awal dan penjagaan kebersihan yang baik dapat membantu mencegah penyebaran serta mengurangkan risiko berulang.
1. Pilih cawangan Poliklinik An-Nur berdekatan dengan anda
2. Tekan link Whatsapp cawangan tersebut
3. Berikan maklumat anda kepada Pegawai Khidmat Pelanggan
Klik link di bawah ini untuk kenali doktor kami.