Poliklinik An-Nur

21
Kenapa Jemaah Umrah Haji Perlu Vaksin
Jemaah umrah & haji wajib ambil vaksin sebab nak lindungi diri sendiri dan orang lain daripada penyakit berjangkit .
Jemaah Umrah Haji

Menurut Harian Metro, yang disiarkan pada 21 Februari, 2025 :

Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman dalam kenyataan berkata jemaah umrah haji disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Februari atau laman web rasmi TH.

“Sehari sebelum tarikh vaksinasi, peringatan janji temu akan dihantar melalui MySejahtera bagi memastikan jemaah umrah haji tidak terlepas sesi suntikan mereka,” katanya.

Beliau berkata jemaah lain yang tidak tergolong dalam kategori wajib tetapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan boleh memilih untuk menerima vaksin secara sukarela selepas berunding dengan pegawai perubatan di fasiliti kesihatan yang ditetapkan.

Bacaan lanjut sila klik sini > https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1189613/jemaah-haji-65-tahun-ke-atas-berisiko-tinggi-digalak-ambil-vaksin-covid-19

 

Antara sebab utama perlu ambil vaksin:

  1. Cegah Penyakit Berjangkit – Vaksin seperti Meningokokus (ACWY) wajib diambil untuk elak jangkitan meningitis, penyakit yang boleh menyerang otak dan merebak melalui titisan udara.
  2. Lindungi Diri & Orang Sekeliling – Jemaah datang dari seluruh dunia, jadi risiko tersebarnya penyakit macam influenza, pneumonia & COVID-19 lebih tinggi.
  3. Cuaca & Keadaan Persekitaran – Cuaca panas di Mekah & Madinah boleh melemahkan sistem imun. Bila badan lemah, lebih mudah dijangkiti penyakit.
  4. Pencegahan Kes Kecemasan – Jika ramai jemaah sakit serentak, boleh jejaskan ibadah dan membebankan fasiliti kesihatan di Tanah Suci.
  5. Syarat dari Kerajaan Arab Saudi – Untuk masuk ke Saudi, suntikan vaksin tertentu diwajibkan, terutamanya Meningokokus ACWY, dan mereka galakkan vaksin influenza & pneumokokus untuk jemaah berisiko tinggi.

Cara Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin

 

1. Pilih cawangan Poliklinik An-Nur berdekatan dengan anda

2. Tekan link Whatsapp cawangan tersebut

3. Berikan maklumat anda kepada Pegawai Khidmat Pelanggan 

Dapatkan Nasihat Daripada Doktor Berpengalaman Kami :

 

Klik link di bawah ini untuk kenali doktor kami. 

Barisan doktor Poliklinik AN-Nur.

Poliklinik An-Nur @ Reko Sentral, Selangor

Poliklinik An-Nur @ Bandar Teknologi Kajang

Poliklinik An-Nur @ Banting, Selangor

Poliklinik An-Nur @ Paka, Terengganu

POLIKLINIK AN-NUR

KESIHATAN ANDA, INSPIRASI KAMI